Mihoyo telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 2.6 “Zephyr of the Violet Garden” akan tiba pada 30 Mac 2022. Ia antaranya membawa kawasan baharu dan juga watak lima bintang baharu.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Kawasan baharu yang disertakan adalah The Chasm yang bertempat di Liyue, ia adalah kawasan perlombongan tetapi selepas pelbagai kemalangan ia telah dipenuhi dengan penjahat dan juga menjadi tempat rahsia untuk Abyss Order.

Penceritaan utama iaitu Archon Quest: Requiem of the Echoing Depths akan memfokuskan kepada kawasan ini di mana pemain akan ditemani oleh Dainsleif yang sekali lagi akan kembali.

Manakala di Inazuma, dengan sempadan kembali dibuka, mereka menganjurkan Irodori Festival dengan lebih meriah di mana Venti, Xingqiu dan pelbagai lagi watak akan mengunjungi festival ini. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti Theater Mechanicus, pertempuran pedang dan juga mengubah bunga.

Watak baharu yang akan tiba adalah Kamisato Ayato iaitu abang kepada Kamisato Ayaka dan juga ketua Kamisato Clan. Dia adalah watak lima bintang yang menggunakan pedang dengan vision Hydro. Tiga watak lima bintang yang akan disertakan di dalam banner sepanjang kemaskini ini adalah Kamisato Ayato, Venti dan Kamisato Ayaka.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini