Netflix hari ini telah berkongsi treler untuk siri animasi berdasarkan permainan perlawanan popular iaitu Tekken: Bloodline. Ia tidak menerima sebarang tarikh siaran dan sekadar dinyatakan akan tiba sekitar tahun ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler tersebut memperlihatkan Jin Kazama yang masih muda dan sedang berlatih pertahanan diri bersama dengan ibunya, akan tetapi selepas diserang oleh Ogre, Jin bertekad untuk menjadi lebih berkuasa dengan berguru di bawah datuknya Heihachi Mishima. Siri ini juga akan berkait dengan kejohanan The King of Iron Fist.

Tekken adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Bandai Namco, permainan terkini iaitu Tekken 7 dikeluarkan pada tahun 2015.

Sohor Kini