Mario Kart 8 Deluxe Menerima 8 Litar Baharu Bermula Hari Ini

Pada bulan lepas, Nintendo telah mengumumkan yang Mario Kart 8 Deluxe menerima Booster Course Pass yang akan menyertakan 48 litar baharu yang akan tiba secara berasingan mengikut ‘Wave’ bermula tahun ini sehingga akhir tahun 2023.

Wave pertama sudah dilancarkan bermula hari ini dan pemilik Mario Kart 8 Deluxe akan menerima kemaskini 2.0.0 untuk menyokong litar-litar ini. 8 litar yang disertakan adalah Paris Promenade, Toad Circuit, Choco Mountain, Coconut Mall, Tokyo Blur, Shroom Ridge, Sky Garden dan Ninja Hideaway.

Mario Kart 8 Deluxe Booster Course Pass ini adalah percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online + Expansion Pack atau ia juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga $24.99 (~RM104). Anda juga boleh mencuba litar ini secara percuma apabila bermain bersama rakan yang mempunyai pas ini, ataupun bermain secara dalam talian dengan memilih secara rawak.

Sohor Kini