Arknights adalah permainan strategi yang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android, ia adalah satu permainan yang sangat popular di kalangan peminat permainan gacha dan anda juga boleh baca ulasan kami untuknya; Arknights – Permua Tower Defense Yang Mengujakan Dan Mesra F2P.

Hypergryph iaitu pembangun Arknights minggu ini telah mengumumkan satu permainan baharu iaitu Arknights: Endfield, berbeza dengan Arknights, ia adalah permainan aksi RPG dan anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Walaupun menggunakan nama Arknights, akan tetapi ia adalah permainan berbeza dengan versi mudah alih, dengan watak dan penceritaan baharu. Namun, dari segi rekaan, ia masih lagi mengekalkan kebanyakan gaya seni untuk Arknights.

Permainan ini masih di peringkat awal pembangunan dan tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran, tetapi mereka ada berkongsi video bentuk permainan yang ringkas. Ia memperlihatkan rekaan watak dan juga rekaan dunia.

Arknights: Endfield diumumkan akan tiba untuk PC, iOS dan Android. Walaupun tiada pengesahan akan tetapi ia dijangka akan menjadi permainan percuma dengan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini