Blizzard telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad digital mereka Hearthstone adalah Voyage in the Sunken City yang turut menjadi penambahan pertama untuk tahun 2022.

Penambahan yang akan menyertakan 135 kad baharu ini akan tiba pada 12 April 2022. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Daripada 135 kad baharu ini, ia akan menyertakan satu jenis minion baharu iaitu ‘Naga’, ia merupakan minion yang memfokuskan kepada sihir dan biasanya akan memberi kelebihan tertentu apabila berada di tangan.

Selain itu, ia juga membawa dua keyword baharu, Dredge iaitu menggunakannya membolehkan pemain melihat tiga kad yang berada di bawa dek, dan pilih satu untuk di bawa sebagai kad seterusnya. Seterusnya adalah Colossal, yang akan mempunyai kelebihan tertentu apabila digunakan termasuk juga jika disummon.

Blizzard juga menawarkan Mega Bundle untuk Voyage to the Sunken City yang akan menyertakan 80 pek, 5 kad emas, dua kad legendary secara rawak, kostum untuk mage dan hiasan kad bersama dengan barangan untuk Mercenaries dan Battlegrounds.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini