In Sound Mind Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store meneruskan lagi penawaran permainan percuma mingguan mereka dengan menawarkan satu permainan iaitu In Sound Mind yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 24 Mac 2022.

In Sound Mind adalah permainan pengembaraan yang menyertakan tekaria dan juga elemen seram. Ia dibangunkan oleh We Create Stuff dan diterbitkan oleh Modus Games untuk PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC pada tahun lepas.

Epic Games Store: In Sound Mind

Selepas penawaran ini berakhir, mereka akan menggantikan dengan satu permainan Demon’s Tilt yang akan ditawarkan bermula pada 24 Mac.

Sohor Kini