Skip to main content

Warner Bros Games dan Portkey Games akhirnya memperlihatkan secara lanjut bentuk permainan Hogwarts Legacy iaitu permainan berdasarkan dunia Harry Potter, dan kami boleh katakan ia tidak mengecewakan dan mempunyai potensi untuk menjadi permainan yang menarik.

Anda boleh tonton video bentuk permainan di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menghasilkan watak tersendiri yang baru sahaja memasuki Hogwarts. Pemain juga dapat memilih rumah yang akan dimasuki tetapi tidak dijelaskan bagaimana pemain boleh memilihnya.

Hogwarts Legacy berlaku pada tahun 1800an iaitu lebih terdahulu daripada penceritaan siri filem Harry Potter ataupun Fantastic Beasts. Oleh itu, watak-watak yang akan hadir di dalam permainan ini adalah watak baharu yang tidak hadir sebelum ini, tetapi ada beberapa watak yang akan dikenali bagi yang mengikuti siri ini.

Dari segi pertempuran, pemain boleh menggunakan pelbagai sihir untuk melakukan serangan-serangan berbeza, pemain tampaknya boleh menukar sihir ini secara terus tetapi mereka tidak memperlihatkan bagaimana ia akan dikawal di dalam permainan.

Selain sihir, pemain juga boleh menghasilkan pelbagai ubatan yang boleh meningkatkan pertahanan ataupun serangan termasuk juga kuasa lain seperti mengeluarkan pokok-pokok yang akan menarik perhatian penjahat.

Pemain boleh mengembara di dalam Hogwarts termasuk juga menggunakan Room of Requirement untuk dijadikan sebagai base yang boleh diubah mengikut keperluan. Pemain juga boleh mengembar di luar Hogwars seperti membeli belah di Hogsmeade, memasuki gua yang mempunyai rahsia tersendiri dan pemain boleh melakukan menggunakan penyapu terbang.

Terdapat beberapa kenalan yang pemain boleh mengenali dengan lebih rapat dan mereka juga akan membantu di dalam misi selain mempunyai penceritaan sendiri. Satu perkara menarik yang diperlihatkan di akhir video adalah watak pemain menggunakan sihir avada kedavra iaitu satu sihir yang digunakan untuk membunuh.

Ia menarik kerana, sihir tersebut bukanlah sesuatu yang digunakan oleh sesiapa sahaja. Pembangun ada mengatakan yang permainan ini akan menyertakan sistem moral, penggunaan sihir tersebut mungkin berkait dengan sistem ini.

Hogwarts Legacy akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada akhir tahun ini.

Leave a Reply