Private Division telah mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan empat studio indie untuk menerbitkan permainan mereka. Studio tersebut adalah Die Gute Fabrik, Evening Star, Piccolo Studio, dan Yellow Brick Games.

Die Gute Fabrik merupakan studio permainan video dari Denmark, mereka sebelum ini hadir dengan permainan seperti Sportsfriend dan Mutazione. Mereka mengatakan yang sedang membangun permainan memfokuskan penceritaan.

Evening Star pula adalah studio yang berpusat di Amerika Syarikat tetapi turut mempunyai cawangan di London dan juga Melbourne. Mereka sebelum ini terlibat dengan permainan seperti Sonic Mania Plus bersama dengan SEGA. Mereka sedang membangunkan permainan aksi platformer.

Piccolo Studio adalah studio yang bertempat di Barcelona dan mereka sebelum ini hadir dengan permainan Arise: A Simple Story yang dikeluarkan pada tahun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Bersama dengan Private Division mereka sedang membangunkan satu IP baharu.

Yellow Brick Games adalah studio dari Kanada yang ditubukan pada tahun 20202 dan terdiri daripada pembangun yang pernah telah terlibat dengan pelbagai permainan mercu seperti Dragon Age, Assassin’s Creed dan Rainbow Six. Buat masa sekarang, mereka sedang membangunkan permainan aksi RPG.

Private Division juga mengatakan yang keempat-empat permainan yang sedang dibangunkan ini masih di peringkat awal dan mengatakan yang ia tidak akan tiba sebelum tahun 2024.

Sohor Kini