Ubisoft telah melancarkan kandungan baharu untuk The Crew 2, iaitu kandungan bagi musim ke-5, dengan judul American Legends, kandungan kali ini memfokuskan kepada sejarah pemotoran di Amerika Syarikat.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Episode pertama untuk musim kelima ini akan membawa pemain ke Archieves di mana pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang akan memperlihatkan sejarah-sejarah pemotoran. Ia akan menyertakan ‘Stories’ baharu setiap minggu untuk pemain lakukan dan mendapat ganjaran seperti kereta Porsche 550 Spyder.

Motopass baharu juga diperkenalkan yang mempunyai 50 tahap untuk mendapat ganjaran, ia mempunyai versi percuma dan juga berbayar. Melaluinya pemain berpeluang dapatkan Chevrolet Corvette C7 ZR1 2019, Dodge Challenger SRT, dan Ford Mustang Fastback.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan Musim ke-5 akan menjadi penutup untuk kandungan tahun 4 bagi The Crew 2 dan mereka mengesahkan yang ia akan terus menerima kandungan untuk tahun kelima. Mereka juga mengatakan yang The Crew 2 juga akan menerima kemaskini khusus untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X yang akan tiba suku ketiga tahun ni.

The Crew 2 sudah dilancarkan sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store dan juga Steam.

Sohor Kini