Monster Hunter Rise: Sunbreak Akan Dikeluarkan Pada 30 Jun 2022

Capcom telah mengumumkan yang penambahan utama untuk Monster Hunter Rise akan dilancarkan pada 30 Jun 2022 untuk Nintendo Switch dan juga PC. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam penambahan ini, ia akan memperkenalkan pelbagai raksasa dan watak baharu. Antaranya adalah tiga raksasa yang digelar sebagai The Three Lords yang menjadi fokus kepada video di atas. Mereka adalah Malzeno, Garangolm dan Lunagaron. Selain itu, terdapat juga spesis baharu untuk raksasa sedia ada iaitu Blood Orange Bishaten dan Astalos.

Pemain juga akan diberikan kawasan baharu untuk memburu iaitu The Citadel yang dipenuhi dengan kawasan istana yang telah musnah, bersama dengan kawasan hutan dan juga sejuk beku.

Monster Hunter Rise: Sunbreak adalah penambahan oleh itu anda memerlukan permainan asal untuk bermainnya yang ditawarkan dengan lebih murah sehingga 31 Mac di Nintendo Switch dan 21 Mac di PC.

Sohor Kini