Tencent Mendapat Pegangan Majoriti Untuk Studio Tequila Works

Tequila Works iaitu studio pembangunan permainan video yang bertempat-kan di Madrid telah mengumumkan yang Tencent membuat pelaburan terhadap mereka untuk mendapatkan pegangan majoriti. Mereka tidak mengumumkan jumlah pelaburan tersebut.

Mereka juga mengatakan yang pelaburan ini akan membantu mereka untuk hadir dengan IP sendiri. Tequila Works sebelum ini telah hadir dengan permainan seperti Rime, Deadlight, GYLT, The Sexy Brutale, dan The Invisible Hours.

Permainan seterusnya oleh mereka yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini adalah Song of Nunu: A League of Legends Story iaitu permainan dengan kerjasama bersama dengan Riot Forge yang merupakan studio penerbitan di bawah Riot Games yang juga dimiliki oleh Tencent.

Sohor Kini