Ghostwire: Tokyo Menyertakan 6 Pilihan Grafik Di PlayStation 5

Dengan hadirnya konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series, pemain telah diberikan dengan lebih pilihan grafik untuk dipilih, sesuatu yang sudah hadir untuk pemain di PC. Namun, ia kebiasaannya terhad kepada 2 atau 3 pilihan sahaja.

Ghostwire: Tokyo yang akan dikeluarkan di PS5 dan PC, mempunyai 6 pilihan tetapan grafik yang berbeza, di dalam permainan ia hanya memberikan penerangan untuk dua tetapan utama, dan selebihnya adalah berdasarkan percubaan oleh VGC;

  • Quality Mode – Resolusi tinggi dengan penggunaan Ray tracing, had kadar kelancaran 30FPS
  • Performance Mode – Menyasarkan kelancaran lebih tinggi, had kadar kelancaran 60FPS
  • High Framerate Quality – Seperti Quality Mode tetapi tiada had kelancaran
  • High Framerate Performance – Seperti Performance Mode tetapi tiada had kelancaran
  • High Framerate Quality (VSync) – Tetapan VSync dibuka
  • High Framerate Quality (VSync) – Tetapan VSync dibuka

Tetapan-tetapan ini boleh dikatakan sebagai lebih kurang sahaja tetapi dengan memberikan sedikit kelebihan jika memerlukan. Tanpa tetapan had kadar kelancaran, Quality Mode ataupun Performance Mode akan memberikan kadar kelancaran yang lebih tinggi di sesetengah tempat, tetapi secara purata masih lagi lebih kurang dengan had yang ditetapkan.

Manakala sama ada perlu menggunkaan VSync ataupun tidak bergantung jika monitor anda mempunyai masalah tearing, jika tidak ia mungkin tidak diperlukan.

Ghostwire: Tokyo akan dikeluarkan pada 25 Mac 2022 untuk PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini