Filem Spider-Man No Way Home adalah antara filem paling epik yang berlaku pada tahun lepas. Filem ini mengembalikan watak-watak penjahat klasik seperti Doc Ock, Green Goblin, Sandman, Electro, The Lizard serta turut menyertakan Spider-Man asli lakonan Tobey Maguire dan Spider-Man Andrew Garfield.

Dalam filem ini, Marvel akhirnya memulakan konsep multimesta (Multiverse) dengan lebih serius kerana watak-watak klasik ini muncul dari dunia berbeza dengan dunia Spider-Man versi Tom Holland.

Filem ini sepatutnya hadir dengan versi digital pada 22 Mac akan datang, namun kerana versi FHD telah tertiris di arena web, jualan filem ini diawalkan sejak semalam 15 Mac. Bagi yang berminat anda kini boleh beli filem ini di platform seperti iTunes atau Apple TV serta di Google TV.

Google TV menawarkan harga RM63 untuk kualiti SD, sementara untuk HD ditawarkan pada harga RM84. Dalam senarai, Google tidak menjelaskan sama ada kandungan tambahan disertakan ataupun tidak. Akan tetapi di iTunes atau Apple TV, anda boleh beli kualiti 4K/Dolby Vision/Dolby Atmos pada harga RM54.90. Di Apple, anda akan menerima 80 minit kandungan tambahan.

Sohor Kini