From Software dan Bandai Namco telah mengumumkan yang Elden Ring telah terjual sebanyak 12 juta unit secara global dengan 1 juta unit daripadanya adalah di Jepun. Elden Ring dikeluarkan pada akhir bulan lepas dan ini boleh dikatakan sebagai satu pencapaian yang sangat baik.

Di dalam kenyataan akhbar yang sama, Bandai Namco juga mengatakan yang kerjasama di antara mereka dengan From Software membantu penjualan yang baik ini di mana Elden Ring dipasarkan secara global oleh Bandai Namco dan oleh From Software di Jepun selain ia dibangunkan bersama.

Bandai Namco juga mengatakan yang mereka akan kembangkan lagi penawaran IP Elden Ring dan tidak akan terhad kepada permainan video sahaja. Mereka sebelum ini mengatakan yang akan hadir dengan metamesta untuk kesemua IP mereka, dan Elden Ring berkemungkinan akan menerimanya tidak lama lagi.

Elden Ring sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC.

Sohor Kini