EA sejak dua tiga tahun lepas tidak menyertai E3 secara terus, akan tetapi mereka melakukan EA Play Live yang biasanya dianjurkan pada minggu yang sama dengan E3, bagi tahun ini mereka tidak mengesahkan lagi jika ia akan menyertai E3 tetapi telah mengumumkan yang tiada EA Play Live tahun ini.

Menurut kenyataan yang diberikan kepada IGN, EA mengatakan yang permainan-permainan akan datang mereka bukan sesuatu yang boleh diumumkan dalam satu masa. Sebaliknya, pengumuman akan dilakukan secara berasingan mengikut permainan.

Pilihan ini adalah lebih kurang dengan apa yang sudah dilakukan oleh PlayStation melalui State of Play dan juga Nintendo Direct. Walaupun tiada EA Play Live, namun kita boleh jangkakan yang EA masih lagi akan melakukan pengumuman pada musim panas ini, terutama untuk permainan seperti FIFA yang sudah semestinya akan dikeluarkan pada bulan September ataupun Oktober.

Sohor Kini