F1 2021, Norco, Crusader Kings 3 Antara Diumumkan Untuk Game Pass

Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Game Pass untuk pertengahan kedua bagi bulan Mac. Permainan ini akan menyertai Guardians of the Galaxy serta Far: Changin Tides yang tiba pada pertengahan pertama bulan ini.

Berikut adalah senarai permainan yang akan tiba untuk Game Pass di Xbox, PC atau kedua-duanya;

  • Shredders (Xbox Series, Cloud, PC) – 17 Mac
  • The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos (Xbox, Cloud, PC) – 17 Mac
  • Tainted Grail: Conquest (Xbox) – 22 Mac
  • Zero Escape: The Nonary Games (Xbox, Cloud, PC) – 22 Mac
  • Norco (PC) – 24 Mac
  • F1 2021 (Xbox) – 24 Mac
  • Crusader King III (Xbox Series) – 29 Mac
  • Weird West (Xbox, Cloud, PC) – 31 Mac

Norco adalah permainan baharu dilancarkan yang akan terus disertakan di dalam Xbox Game Pass, F1 2021 disertakan sebagai sebahagian daripada EA Play dan Crusader King III sudah dikeluarkan untuk Game Pass for PC.

Manakala, senarai permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 31 Mac adalah seperti berikut;

  • Madden NFL 20
  • Narita Boy
  • Shadow Warrior 2
  • Destiny 2: Beyond Light, Shadowkeep, and Forsaken (11 April)

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh

Sohor Kini