Rainbow Six Siege Memulakan Tahun 7 Dengan Demon Veil

Seperti diumumkan sebelum ini, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege akan terus menerima kandungan untuk tahun 7 dengan musim pertama adalah Demon Veil dan ia bermula pada hari ini. Melaluinya, ia akan menyertakan Operator dan peta baharu bersama dengan pelbagai penambahan lain.

Operator baharu adalah Azami yang merupakan kelas Defender. Azami mempunyai gajet Kiba Barrier iaitu satu kanister yang boleh diguna untuk menghasilkan pelindung yang segera. Azami juga boleh membaiki lubang-lubang di dinding ataupun lantai.

Azami mempunyai kelajuan serta nyawa yang sederhana, dan menggunakan 9X19SVN ataupun ACS12 sebagai senjata utama dan D-50 sebagai senjata kedua.

Selain operator baharu, musim ini juga akan memperkenalkan peta baharu iaitu Emerald Plains yang akan berlatar tempat di Ireland.

Bagi perubahan untuk bentuk permainan pula, pemain kini boleh melakukan ‘Attacker Repick’ di mana semasa Fasa Persedian, Attacker boleh memilih Operator dan juga loadout yang berlainan. Mod Team Deathmatch juga kini akan disertakan secara tetap.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini