Ravenscourt and DigixArt sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Road 96 untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan April dan minggu ini mereka telah mengesahkan yang ia akan tiba pada 14 April 2022.

Mereka melakukan pengumuman tersebut bersama dengan mengumumkan yang permainan ini telah memenangi 5 anugerah di Pegases Awards.

Road 96 juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang dan ia juga sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan PC sebelum ini.

Di dalam Road 96 pemain akan cuba untuk keluar dari negara Petria yang diperintah oleh seorang diktator dan menghampiri kemusnahan. Pemain perlu menumpang kenderaan lain untuk pengembaraan dan akan berjumpa dengan pelbagai watak menarik yang mempunyai penceritaan sendiri.

Pemain juga akan berjumpa dengan pelbagai halangan di dunia yang akan dicipta secara rawak untuk memberi pengalaman berbeza kepada setiap pemain. Pilihan pemain juga akan menentukan apa yang akan berlaku di dalam Road 96.

Sohor Kini