Riot Games telah mengumumkan yang mereka melakukan pelaburan terhad Fortiche Production iaitu studio yang bertanggungjawab untuk menghasilkan siri Netflix Arcane yang telah menerima pujian kerana kualiti animasi.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Arcane di pautan ini; Ulasan Arcane – Penanda Aras Untuk Kandungan Berdasarkan Permainan Video.

Mereka tidak mengatakan jumlah pelaburan yang dilakukan tetapi mengumumkan yang mereka kini memiliki pegangan yang besar di studio tersebut tetapi tidak melebihi 50%. Selain itu, Brian Wright dan Brendan Mulligan dari Riot akan menyertai Lembaga Pengarah untuk Fortiche Production.

Selain berkerjasama untuk siri Arcane, mereka juga sebelum ini telah berkerjasama untuk hadir dengan muzik video sepeti Get Jinxed, Warriors, Enemy, Rise dan Pop/Stars.

Sohor Kini