Pada tahun lepas, PlayStation dan Apple telah menawarkan langganan untuk Apple TV+ secara percuma untuk 6 bulan bagi pemilik PlayStation 5, jika anda masih tidak menebus-nya ia masih dibuka sehingga 22 Julai 2022.

Terkini, mereka juga telah menawarkannya untuk pemilik PlayStation 4, dengan PS5 masih lagi sukar untuk diperoleh, tawaran terbaru ini sudah semestinya boleh didapatkan oleh lebih ramai pemain. Namun, berbanding 6 bulan, ia ditawarkan untuk tiga bulan sahaja.

Pemilik PS4 boleh menebus tawaran ini sehingga 22 Julai 2022 dengan memuat turun aplikasi Apple TV di konsol anda dan log masuk ke menggunakan Apple ID. Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini.

Sohor Kini