Hogwarts Legacy Diperlihatkan Secara Lanjut 18 Mac Ini

PlayStation telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan satu lagi State of Play untuk bulan ini dengan kali ini ia memfokuskan kepada satu permainan iaitu Hogwarts Legacy iaitu permainan dunia terbuka berdasarkan siri Harry Potter.

Hogwarts Legacy diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, ia sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2021 akan tetapi telah tertunda ke tahun ini. Selain memperlihatkan bentuk permainan untuknya, kita juga mungkin akan menerima tarikh pelancaran untuknya.

Jika anda berminat untuk tonton penstriman ini, State of Play Hogwarts Legacy akan berlangsung pada 18 Mac 2022, pukul 5 pagi. Kami juga akan kemaskini dengan pengumuman yang dilakukan.

Sohor Kini