Ubisoft telah mengumumkan yang mereka akhirnya menyertakan fungsi rentas platform untuk permainan multi-pemain For Honor. Ia menyokong PlayStation, Xbox dan juga PC, dengan pemain boleh mencari sesi bersama dengan pemain di mana-mana platform tersebut.

Mereka mengatakan ia mengambil 5 tahun untuk fungsi ini disertakan adalah kerana permainan ini tidak dibangunkan untuk menyokong fungsi rentas platform akan tetapi baru sahaja disertakan untuk menambah-baik permainan ini.

Pengenalan fungsi rentas platform ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Fasa 1 ia akan menyokong sesi rentas platform secara rawak untuk mod PvP ataupun PvE, ia akan dilancarkan pada 17 Mac 2022. Manakala Fasa 2, ia akan menyokong untuk bermain bersama rakan di platform yang lain, tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian.

Pada 17 Mac ini, fungsi rentas platform akan dibuka secara automatik akan tetapi bagi pemain yang tidak ingin menggunakan fungsi ini, ia boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja. Ia juga merupakan tarikh bermulannya kandungan musim pertama untuk tahun 6 iaitu Golden Age.

For Honor sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini