The Initiative telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan baharu untuk siri klasik iaitu Perfect Dark. Pada tahun lepas, mereka mengumumkan yang permainan tersebut akan dibangunkan bersama dengan Crystal Dynamics.

Selepas dua pengumuman tersebut, tidak banyak perkongsian lanjut yang dilakukan termasuk juga mereka telah kehilangan pengarah iaitu Dan Neuburger. Berdasarkan penyenaraian di laman Linkedin beliau mengatakan telah berhenti dari menjadi pengarah untuk The Initiative pada bulan Februari 2022 dan terbuka untuk menerima jawatan baharu.

Buat masa ini The Initiative tidak mengumumkan apa-apa mengenai perkara ini, mereka juga tampaknya tidak mencari pengganti untuk jawatan tersebut. Antara kemungkinan adalah dengan ia dilakukan dengan kerjasa bersama dengan Crystal Dynamics, ada kemungkinan ia akan lebih diselia oleh mereka berbanding The Initiative.

Namun, selagi tiada pengumuman rasmi kita sekadar dapat membuat andaian sahaja. Kami akan kongsikan jika ada kenyataan rasmi daripada mereka.

The Initiative adalah studio di bawah Xbox Game Studios, manakala Crystal Dynamics di bawah Square Enix. Perfect Dark diumumkan untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini