Nexon telah mengumumkan bermulanya musim ke-12 untuk permainan kart mereka iaitu Kartrider Rush+ yang menggunakan tema lanun. Seperti biasa, melalui musim baharu ini pemain akan dapat mencuba litar dan juga mendapatkan kart ataupun watak baharu.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Antara litar yang disertakan adalah Shark Island dan juga Perilous Pier yang mempunyai pelbagai halangan tidak dijangka utntuk menjadikan pertempuran yang lebih menarik. Watak baharu yang akan tiba adalahl Ranger Gold, Jolly Roadster dan Wave Breaker. Selain itu watak baharu adalah Mobi dan Toto yang akan tiba sepanjang musim baharu ini.

KartRider Rush+ sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini