Sejak dua minggu yang lepas, Tencent telah menganjurkan jelajah di beberapa negeri bersempena dengan ulang tahun ke-4 untuk permainan battle royale mereka iaitu PUBG Mobile. Negeri yang telah dilawat adalah Kedah, Pulau Pinang dan Johor.
Bagi pemain-pemain di Kuala Lumpur dan Selangor, jelajah ini akhirnya tiba berhampiran dengan anda. Jelajah ini yang akan membawa trak istimewa PUBG Mobile iaitu AirDrop Truck yang akan menyertakan pelbagai aktiviti untuk memberi peluang kepada pengunjung mendapat ganjaran-ganjaran menarik.
Berikut adalah tarikh dan tempat AirDrop Truck ini akan bertapak (kesemua adalah pada pukul 12 petang sehingga 8 malam);
Acara kemuncak untuk sambutan ini akan diadakan pada 23 Mac sehingga 3 April 2022 di Sunway Pyramid. Lebih banyak aktiviti menarik akan disajikan kepada peminat PUBG Mobile seperti kemunculan pencipta kandungan PUBG Mobile Malaysia antaranya adalah Master Ramen, J Hunter, OTG, Yakuza, EmiMohamad, Soultann, FattahZie, Raa Suzuran, MissRose, Fiera Fendi, MunaXmoci dan juga Nunaa.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.