The Boys musim ketiga akan disiarkan pada 3 Jun akan datang. Ia adalah kisah adiwira yang gila ganas dan ngeri, berserta kesan visual yang menjijikkan. Penggunaan bahasa juga amat kesat dan ia adalah siri TV adiwira untuk tontonan golongan dewasa.

Musim ketiga akan memperlihatkan pasukan Billy Butcher kembali menentang pasukan Seven dan organisasi jahat Vought yang masih diketuai Homelander yang zalim dan gila kuasa.

Treler baharu yang dikongsi baru-baru ini memperlihatkan lebih banyak aksi yang ganas, lebih banyak darah, letupan kepala atau lebih senang cerita – berganda aksi gila. Apa yang mengejutkan adalah, Billy Butcher dilihat kini mempunyai kuasa mata laser seakan Homelander. Beliau mungkin terdedah dengan Compound V atau bahan lain yang akan membantu beliau menentang Homelander.

Di akhir video, watak Soldier Boy lakonan Jensen Ackles buat pertama kalinya dipertontonkan. Beliau jelas kelihatan baru menerima kuasa atau adalah manusia yang telah diubahsuai oleh Vought. Sama-sama kita nantikan siri TV ini 3 Jun akan datang.

Sohor Kini