Capcom ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan IP baharu oleh mereka iaitu Exoprimal yang merupakan permainan multi-pemain berdasarkan pasukan. Ia akan tiba pada tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam Exoprimal dunia telah mempunyai masalah serangan dinosaur dan Aibius telah menghasilkan satu AI iaitu Leviathan yang boleh menjangkakan tempat serangan seterusnya. Mereka juga hadir dengan kumpulan Exosuits yang akan mempunyai kebolehan tersendiri.

Melalui Exosuits ini, pemain boleh memilih pelbagai kelas seperti Assault, Tank, dan Support yang setiapnya akan melengkapkan satu pasukan untuk berdepan dengan serangan dinosaur tersebut. Selain PvE, ia juga menyertakan PvP.

Pembangunan permainan ini akan melibatkan pembangun veteran seperti Ichiro Kiyokawa iaitu Penerbit untuk Monster Hunter: World dan juga Takuro Hiraoka penerbit untuk Monster Hunter World: Iceborne.

Sohor Kini