Epic Games hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Spiral House, pembangun permainan komputer disebalik tajuk permainan komputer mengenai membina komputer yang dinamakan PC Building Simulator.

Epic Games membuat pengumuman bahawa PC Building Simulator 2 kini sedang dibangunkan oleh Spiral House, dan akan dilancarkan pada tahun ini sebagai tajuk permainan eksklusif yang akan dijual di Epic Games Store.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai permainan tersebut buat masa ini, tetapi memperlihatkan kepada video acah ringkas yang diperlihatkan, simulasi membina komputer pada permainan baru ini dilihat akan menjadi lebih mendalam, dan pada laman web Epic Games, pemain nampaknya akan dapat menikmati mod kareer yang dinaiktarafkan berbanding sebelum ini, jumlah komponen yang lebih banyak dan juga ciri penyesuaian yang lebih mendalam dengan lebih 40 jenama komponen komputer dilihat menyertai permainan ini.

Sumber: Epic Games

Sohor Kini