Dead Space Remake Hanya Akan Tiba Seawalnya Tahun Depan

Pada bulan Julai tahun lepas, EA dan Motive telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan Dead Space Remake di mana permainan tersebut akan diolah semula untuk konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.

Melalui penstriman yang berkongsi maklumat terbaru untuk permainan tersebut, mereka telah mengumumkan yang mereka menyasarkan untuk melancarkan permainan tersebut pada awal tahun hadapan.

Mereka juga mengatakan yang permainan tersebut boleh dimainkan secara penuh buat pertama kali dal;am beberapa minggu lagi. Namun, ini adalah untuk peringkat awal sahaja dan sudah semestinya akan memerlukan penambah-baikkan dari semasa ke semasa.

Seperti diumumkan sebelum ini, Dead Space baharu ini akan menyertakan bentuk permainan dan penceritaan yang lebih mendalam. Ia akan terus mengekalkan watak Isaac Clarke sebagai watak utama. Berdasarkan yang dikongsi oleh Jeff Grubb sebelum ini, cara olahan semula akan mengambil inspirasi daripada permainan Resident Evil 2.

Anda boleh tonton perkongsian penuh mereka melalui video di bawah.

Sohor Kini