Astro Ulti Box Kini Juga Menyokong Penstriman Netflix

Pada tahun lepas, Astro bukan sahaja membolehkan pengguna menonton kandungan Netflix melalui Astro Ultra Box mereka, akan tetapi turut menawarkan pakej yang akan menyertakan bersama langganan untuk Netflix.

Bermula minggu lepas, penawaran ini juga telah ditambah lagi melalui Astro Ulti Box yang menawarkan penstriman HD berbanding 4K di Ultra Box, cara mengakses Netflix adalah sama dengan Ultra Box iaitu melalui aplikasi khusus ataupun dengan mengakses saluran yang ditetapkan.

Selain langgan Netflix bersama dengan pakej Astro, anda juga boleh tonton Netflix dengan menggunakan akaun sedia ada.

Sohor Kini