Square Enix ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan satu IP baharu iaitu The Diofield Chronicle, ia adalah permainan JRPG yang memfokuskan kepada strategi. Ia akan dikeluarkan sekitar tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan ini dibangunkan oleh Lancarse Ltd yang terdiri daripada pembangun-pembangun veteran permainan strategi. Watak dihasilkan oleh Taiki (Lord of Vermilion III, IV) dan muzik dihasilkan oleh Ramin Djawadi dan Brando Campbell yang pernah menghasilkan lagu untuk Game of Thrones.

Di dalam permainan ini keadaan keamanan di DioField Island terganggu apabila peningkatan kuasa peperangan dan juga magis. Pemain akan mengawal kumpula Blue Fox iaitu askar upahan.

Sohor Kini