Ubisoft hari ini akhirnya melancarkan DLC seterusnya untuk Assassin’s Creed Valhalla yang juga merupakan kandungan pertama bagi kandungan tahun kedua untuk permainan tersebut.

Anda boleh tonton video pelancaran untuknya di bawah.

Di dalam penambahan ini, Eivor akan mengalami kisah yang memfokuskan kepada Odin yang akan mengembara di Svartalfheim untuk menyelamatkan anaknya Baldr yang diculik oleh Surtr. Selain penceritaan dan kawasan baharu, pemain juga akan mendapat Hugr-Rip yang membolehkan Odin untuk mengambil kuasa dari pihak lawan.

Terdapat pelbagai kebolehan yang boleh dilakukan oleh Odin termasuk juga menjadi burung untuk mengembara dengan lebih mudah.

Selepas DLC ini dilancarkan, pemain boleh bermain DLC ini pada bila-bila masa sajaha tidak kira sudah menghabiskan Valhalla ataupun masih lagi bermain.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.

Sohor Kini