Kita masih tidak mempunyai satu pengumuman mengenai tarikh pelancaran untuk Overwatch 2 akan tetapi bagi pemain yang ternanti-nanti permainan ini, Blizzard sekurang-kurangnya telah berkongsi perkembangan terbaru untuknya.

Mereka telah mengumumkan yang mereka akan mengasingkan pelancaran untuk mod PvP dan juga mod PvE iaitu antara perkara baharu yang disertakan di dalam permainan baharu ini. Mereka mengatakan yang dengan mengasingkan-nya, mod PvP boleh dikeluarkan terlebih dahulu sementara mod PvE masih dibangunkan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan sesi beta tertutup akan berlangsung pada akhir April ini dan anda boleh daftar melalui pautan ini jika berminat. Melalui sesi ini anda boleh mencuba hero baharu iaitu Sojourn dan mod baharu iaitu Push.

Overwatch 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini