Disney hari ini telah berkongsi treler pertama, namun ia adalah satu treler pendek sahaja tetapi akhirnya memperlihatkan Ewan McGregor kembali menjadi Obi-Wan Kenobi.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Siri TV Obi-Wan Kenobi berlaku selepas kejadian di dalam filem Star Wars Episode III – Revenge of the Sith di mana walaupun Galactic Republic telah berjaya melawan dengan Jedi dan membentuk Galactic Empire tetapi tanpa pengetahuan mereka, Padme melahirkan kembar iaitu Luke dan Leia yang membawa darah Skywalker.

Di dalam treler diperlihatkan bagaimana Obi-Wan Kenobi menyorok di planet Tatooine bukan sahaja daripada Empire tetapi juga untuk memerhati Luke yang turut di bawa ke planet tersebut selepas dipisahkan dengan Leia.

Obi-Wan Kenobi akan mula disiarkan di Disney+ pada 25 Mei ini.

Sohor Kini