Siri permainan Final Fantasy telah memperlihatkan pelbagai perubahan dari segi bentuk permainan, tetapi ia boleh dikatakan bahawa dengan Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin, Square-Enix dilihat mahu memasuki genre soulsborne.

Sewaktu acara State of Play yang berlangsung pagi ini, Square-Enix memperlihatkan satu lagi video treler baharu mengenai permainan tersebut yang menunjukkan sejumlah watak raksasa dan bos yang baharu, bersama-sama dengan teknik pertarungan yang belum dilihat sebelum ini.

Mereka juga mengatakan bahawa demo permainan terbaru kini boleh dimuat-turun melalui konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5, dan lebih menarik lagi, save file untuk demo sebelum ini boleh digunakan untuk meneruskan permainan anda didalam demo baru ini.

Bukan itu sahaja, tarikh pelancaran rasmi untuk permainan ini juga diperlihatkan, dimana ia akan dilancarkan pada konsol Sony PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan juga PC melalui Epic Games Store pada 18 Mac ini.

Sohor Kini