Returnal Menerima Mod Koperasi Dan Tower of Sisyphus Bulan Ini

Housemarque ketika acara PlayStation State of Play telah mengumumkan yang melalui kemaskini percuma yang akan dikeluarkan pada bulan ini, mereka akan menyertakan dua mod baharu untuk permainan Returnal.

Mod pertama adalah koperasi, di mana pemain boleh menyertai ataupun menjemput rakan untuk bermain Returnal bersama. Pemain juga boleh menyertai sesi permainan yang dibuka secara umum, akan tetapi kemajuan permainan adalah untuk yang hos sesi tersebut sahaja.

Di dalam mod koperasi ini, mati tidak bermakna permainan akan berakhir kerana rakan boleh menghidupkan semula tetapi ia akan mengambil masa yang lama, oleh itu pemain perlu mencari masa yang sesuai.

Mod seterusnya adalah Tower of Sisyphus, iaitu sesi permainan tanpa henti, pemain boleh menaiki menara ini yang akan menjadi lebih sukar di setiap tingkat untuk mencabar kemahiran pemain. Ia tidak akan mempunyai pengakhiran tetapi turut menyertakan pelbagai penceritaan yang boleh dijumpai oleh pemain.

Returnal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Returnal – Mati Untuk Hidup, Hidup Untuk Mati.

Sohor Kini