Ukraine sebelum ini telah meminta PlayStation dan Xbox untuk menghentikan operasi mereka di Rusia bagi mendesak untuk kerajaan Rusia menghentikan pencerobohan mereka terhadap negara Ukraine.

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan menghentian operasi dan juga penawaran permainan di Rusia, ini termasuk juga penghantaran permainan dan konsol serta operasi PlayStation Store.

PlayStation akan menyertai pelbagai penerbit permainan lain seperti Activision, Microsoft, Epic Games, EA dan CD Projekt Red yang telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Selain itu, SIE juga mengumumkan yang mereka melakukan sumbangan derma sebanyak $2 juta kepada United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan juga NGO, Save the Children. Jika anda ingin memberikan derma sendiri, itch.io menyediakan berkas sehingga 1000 permainan dengan harga $10 sahaja.

Sohor Kini