Ketika acara PlayStation State of Play, Bandai Namco telah mengumumkan kembalinya permainan perlawanan klasik iaitu Jojo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R akan dikeluarkan sekitar akhir tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan ini adalah berdasarkan sistem perlawanan All Star Battle yang dikeluarkan pada tahun 2013 tetapi menyertakan pelbagai penambah-baikkan termasuk juga lakonan suara untuk memberi pengalaman yang lebih baik semasa bertempur. Ia dibangunkan oleh CyberConnect2.

Jojo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R akan menyertakan 50 watak daripada siri Jojo seperti Jonathan Joestar, Jotaro Kujo, DIO, dan Jolyne Cujoh. Ia juga akan menyertakan pelbagai mod seperti All Star Battle Mode, Arcade Mode, Online Mode, Versus Mode, Practice Mode dan Gallery Mode.

Sohor Kini