Warner Bros Games telah mengumumkan yang Gotham Knights akan dikeluarkan pada 25 Oktober 2022, ia sebelum ini diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Gotham Knights adalah permainan aksi pengembaraan di mana pemain boleh menjadi mana-mana watak adiwira seperti Robin, Bat Girl, Nightwing dan Red Hood. Ia boleh dimainkan secara solo dan juga secara koperasi dua pemain.

Di dalam permainan ini, ia berlaku selepas kematian Batman dan juga Bruce Wayne, oleh itu bandar Gotham memerlukan adiwira baharu. Antara kumpulan jahat yang diperlihatkan adalah kultus Courts of Owls yang merupakan satu kumpulan kultus yang terdiri daripada orang-orang kaya dan juga penjenayah di Gotham.

Sohor Kini