Advance Wars 1+2 Reboot Camp walaupun satu permainan yang mempunyai rekaan grafik yang comel, akan tetapi subjek permainan ini masih lagi adalah mengenai peperangan, iaitu pemain akan melakukan pelbagai strategi untuk melawan pihak lawan.
Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal watak yang akan menjadi ketua untuk pelbagai unit tentera termasuk juga kereta kebal, kapal perang ataupun helikopter. Pemain perlu bertempur dengan lawan untuk menumpaskan kesemua unit tentera ataupun menawan HQ mereka. Ia juga menyertakan sesi multi-pemain sehingga 4 pemain.
Dengan keadaan semasa yang sedang berlaku di Ukraine, Nintendo telah mengumumkan yang mereka menunda pelancaran Advance Wars 1+2 ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi. Bagi kami, pelancaran permainan ini bukanlah sesuatu yang bermasalah, namun masih lagi menepuk tangan kerana Nintendo sanggup melakukannya.
Advance Wars 1+2 Reboot Camp sepatutnya dilancarkan pada akhir tahun lepas akan tetapi telah ditunda ke 8 April 2022 sebelum penundaan terbaru ini.