The Batman boleh dikatakan sebagai antara filem terbaik yang dikeluarkan pada tahun ini, dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan The Batman – Filem Terbaik Selepas The Dark Knight.

Selain filem sendiri, The Batman juga mempunyai treler yang sangat baik, mungkin menjadi antara sebab ia mendapat kutipan yang memberangsangkan iaitu RM1 bilion untuk minggu pertama.

Jika anda seperti saya, treler The Batman mungkin sudah diulang-ulang banyak kali, tetapi kali ini satu channel Youtube Joebor telah menghasilkan treler tersebut sepenuhnya menggunakan lego.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Jika anda ingin melihat treler lego ini bersebelahan dengan treler asal, mereka juga memuat naik video tersebut di channel yang sama.

Sohor Kini