Pada akhir bulan lepas, Evo telah mengumumkan yang kejohanan kali ini sekali lagi tidak akan menyertakan permainan Super Smash Bros, mereka tidak menyatakan sebab melainkan sekadar mengatakan tidak mendapat kebenaran dari Nintendo.

Namun, ia sudah semestinya tidak akan menjadi penghalang untuk kejohanan ini yang Street Fighter masih lagi adalah permainan utama. Selain Street Fighter V Champion Edition, Evo 2022 juga akan menyertakan permainan Guilty Gear Strive, Mortal Kombat 11 Ultimate, Tekken 7, The King of Fighters XV, Melty Blood, Dragonball FighterZ, Granblue Fantasy Versus dan Skull Girls 2nd Endcore.

Evo 2022 kembali akan dianjurkan secara fizikal iaitu bermula pada 5 sehingga 7 Ogos di Las Vegas, Amerika Syarikat. Ia juga adalah kejohanan fizikal pertama selepas diambil-alih oleh Sony Interactive Entertainment.

Sohor Kini