Ubisoft telah mengumumkan kembalinya kejohanan Rainbow Six Operation League untuk Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia. Pusingan kelayakan akan bermula pada 19 Mac ini untuk pasukan dari Malaysia dengan pendaftaran telah dibuka sehingga 14 Mac 2022.

Anda boleh lakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Pusingan kelayakan untuk pasukan-pasukan dari Malaysia akan bermula pada 19 Mac sehingga 20 Mac 2022 dan pusingan kumpulan yang dibahagikan kepada dua peringkat iaitu ‘Stage A’ dan ‘Stage B’ masing-masing akan berlangsung pada 16 April hingga 17 April 2022 dan 23 April hingga 24 April 2022 dan pusingan Playoff akan berlangsung pada 29 April sehingga 1 Mei 2022.

Mereka juga mengacahkan yang selepas musim ke-5, mereka akan mengubah format kejohanan untuk Rainbow Six Operation League yang dikatakan untuk merancakkan lagi kejohanan ini. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi di masa hadapan.

Sohor Kini