Atari telah mengumumkan yang mereka telah mengambil-alih Moby Games iaitu laman pangkalan data untuk permainan video yang telah beroperasi sejak tahun 1999 lagi. Pengambil-alihan ini diumumkan bernilai $1.5 juta yang dibayar kepada AntStream.

Seperti laman IMDb yang merupakan laman pangkalan data untuk Filem dan siri TV, Moby Games mempunyai maklumat mengenai ratus ribu permainan video yang baru dan juga permainan lama dari tahun 1950 lagi.

Seperti IMBd dan Wikipedia, Moby Games juga berfungsi dengan maklumat mengenai permainan video akan dimuat naik secara kerjasama oleh orang ramai.

Walaupun selepas pengambil-alihan ini, Jeremiah Freyholtz yang menjadi Pengurus Besar untuk Moby Games akan terus memegang jawatan tersebut. Beliau memegang jawatan tersebut sejak tahun 2013 lagi.

Sohor Kini