Seperti diumumkan sebelum ini pusingan kelayakan untuk Free Fire MCP Majors Musim Ketiga berakhir pada 27 Februari lepas dan 18 pasukan yang terbaik iaitu 10 pasukan yang melalui pusingan kelayakan dan 8 pasukan yang dijemput terus berdasarkan prestasi mereka di Free Fire Challengers Malaysia dan Filipina akan bertanding pula di peringkat seterusnya iaitu League Circuit.

Antara pasukan yang terlibat adalah bekas juara seperti Todak, Blacklist International, Geek FAM dan juga pasukan-pasukan baharu seperti Hartoget dan Scripshotz. Anda boleh lihat senarai penuh di bawah.

League Circuit ini akan berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula pada 11 Mac sehingga 3 Arpil di mana mereka akan bertanding setiap minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

12 pasukan terbaik daripada pusingan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir di mana juara dan naib juara akan mendapat slot ke Free Fire World Series 2022 yang berlangsung bulan Mei ini di Singapura. Selain merebut hadiah terkumpul $70 ribu.

Acara Stamp Rally di LOT 10

Selain itu, bersempena dengan pusingan seterusnya ini, Garena juga akan mengajurkan acara Stamp Rally bermula pada 7 Mac sehingga 27 Mac di Lot 10, di mana pengunjung berpeluang untun mengumpul empat cop daripada booth di acara tersebut untuk mendapatkan kostum Game Streamer bagi senjata XM8.

Pengunjung juga berpeluang untuk berjumpa dengan pencipta kandungan dan juga strimer Free Fireee bersama dengan maskot Mr. Waggor yang akan membuat penampilan setiap hujung minggu.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini