Sony PlayStation 5 telah dilancarkan lebih setahun, namun ia masih sukar untuk didapati mahupun dibeli. Sehingga hari ini, penjualan dilakukan secara terhad, sama ada melalui pra-tempahan, pendaftaran minat, atau penawaran kuantiti terhad melalui laman seperti Lazada.

Seperti biasa Sony Centre Mid Valley Megamall telah membuka pendaftaran minat untuk PlayStation 5. Pendaftaran minat boleh dilakukan melalui sebuah borang khas, dan ia akan ditutup pada 12 Mac 2022 kelak.

Untuk makluman, pendaftaran ini telah dibuka beberapa kali sebelum ini, dan pemilihan pelanggan yang boleh melakukan pembelian adalah secara rawak. Jika tidak berjaya, ia tidak akan dibawa ke sesi seterusnya, akan tetapi anda perlu mengisi sekali lagi.

Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat hari ini, dan mendapatkannya pada harga bermula RM2299 – dan tidak membayar lebih kepada yang lain.

Sohor Kini