Qualcomm Technologies iaitu syarikat pengeluar cip yang terkenal dengan siri cip Qualcomm di telefon pintar telah mengumumkan kerjasama dengan ESL untuk menganjurkan siri kejohanan esukan mudah alih iaitu Snapdragon Pro Series.

Perjanjian multi-tahun ini akan memperlihatkan penganjuran kejohanan tersebut di beberapa benua termasuk juga di Malaysia dan juga Indonesia. Ia akan mempertandingkan pelbagai permainan mudah alih dana akan menyertakan tiga tahap kejohanan iaitu Open, Challenge dan Masters.

Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini akan dikongsi dari semasa ke semasa dengan kejohanan pertama akan dianjurkan pada bulan April ini, namun sebelum itu anda boleh mengikuti perkembangannya melalui laman rasmi dan juga media sosial mereka.

Sohor Kini