Bagi yang mengikuti perkembangan sukan F1 sudah semestinya mengenali nama seperti Toto Wolff dan juga Christian Horner yang merupakan ketua untuk dua pasukan terbaik di dalam F1 sekarang iaitu pasukan Mercedes-AMG Petronas dan Red Bull Racing.

Jika anda mempunyai keinginan untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh kedua-dua mereka, Frontier Development telah mengumumkan permainan simulasi pengurusan pasukan F1 iaitu F1 Manager 2022 yang akan dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC pada suku ketiga tahun ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui permainan ini, pemain akan mengurus setiap bahagian untuk pasukan F1 seperti merancang strategi jangka pendek dan panjang, mengurus penajaan pasukan dan juga membuat keputusan semasa hari perlumbaan.

Mereka akan berkongsi lanjut mengenai permainan ini termasuk juga tarikh pelancaran di masa hadapan, sebelum itu anda boleh memasukan permainan ini di dalam senarai hajat di Steam jika berminat.

Sohor Kini