Turtle Rock Studios dan Warner Bros Games telah mengumumkan yang sejak dilancarkan pada 12 Oktober tahun lepas, Back 4 Blood telah mempunyai lebih 10 juta pemain dan adalah antara IP baharu terlaris yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga mengatakan yang DLC Tunnels of Terror akan dikeluarkan pada 12 April 2022, untuk pemain yang membeli Ultimate Edition, Deluxe Edition, Pass Semusim dan juga boleh dibeli secara berasingan.

Tunnels of Terror antaranya akan menyertakan mod baharu iatiu Ridden Hives yang merupakan mod PvE, dan juga watak baharu untuk Cleaners serta Ridden bersama dengan pelbagai kostum untuk watak dan senjata.

Back 4 Blood sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini