Versus Evil melalui perkongsian di akaun Twitter rasmi mereka telah mengumumkan yang Pillars of Eternity di Switch tidak lagi akan menerima kemaskini disebabkan had perkakas (merujuk kepada Nintendo Switch).

Oleh itu, sebarang masalah yang hadir di dalam permainan tersebut tidak akan diperbaiki. Menjawab persoalan jika mereka akan melakukan pembayaran balik, Versus Evil mengatakan sebarang permintaan untuk bayaran balik boleh dilakukan melalui Nintendo eShop.

Di perkongsian berlainan, yang dikongsi oleh pengguna Reddit, Versus Evil juga membatalkan perancangan mereka untuk membawa permainan susulan iaitu Pillars of Eternity 2 ke Nintendo Switch. Dengan masalah yang dihadapi oleh permainan pertama, tidak mengejutkan jika ia adalah disebabkan oleh masalah yang sama.

Kedua-dua Pillars of Eternity dibangunkan oleh Obsidian Entertainment untuk konsol dan juga PC akan tetapi versi Switch dibangunkan serta diterbitkan oleh Versus Evil.

Sohor Kini